Tuesday, April 29, 2008

Kertas Kerja Pertandingan Hadrah Sekolah-sekolah Menengah Senegara 2008

PERTANDINGAN HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN  MAKTAB-MAKTAB

KALI KE 26 TAHUN 2008 

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Kesenian Dan Kebudayaan akan mengadakan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab kali ke 26 Tahun 2008.

1. TUJUAN PERTANDINGAN

1.1 Mengenal dan mendalami rasa cinta kepada seni kebudayaan terhadap permainan hadrah.

1.2 Bagi memelihara dan mempertahankan seni permainan hadrah supaya sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

1.3 Sebagai satu usaha untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam bidang kebudayaan khasnya seni permainan hadrah dan menyebar luaskan pendengaran masyarakat agar sentiasa digemari, diminati dan dihayati supaya tidak akan pupus dan hilang ditelan zaman.

1.4 Melatih dan mendorong pelajar dalam kegiatan yang mempunyai sifat-sifat keahlian yang baik, berdisiplin, ingin maju dalam bidang yang diceburi.

1.5 Menguji kemampuan setiap pelajar dalam kegiatan yang diceburi dalam menjadi sukat-sukat keupayaan diri atau pasukan dalam seni permainan hadrah.

1.6 Mendorong pelajar-pelajar untuk menghayati serta mempelajari seni kebudayaan permainan hadrah yang dipusakai turun temurun dari orang-orang Brunei dengan bertemakan falsafah Melayu Islam Beraja.

1.7 Menwujudkan daya kreativiti pelajar dalam mengadun permainan hadrah dan moden yang berbentuk “contemporary”.

  1. PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini dibukakan kepada semua Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Pendidikan Swasta / Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dijemput.

2.2 Penyertaan hanya dibolehkan menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan dengan keramaian tidak melebihi 20 orang.

2.3 Sekolah/Maktab yang menghantar penyertaan selepas tarikh tutup mengembalikan borang tidak akan diterima untuk menyertai pertandingan.

2.4 Pada tahun ini, format pertandingan adalah diubah daripada seperti lazimnya di tahun-tahun lepas.

2.4.1       Pada PERINGKAT SARINGAN setiap pasukan hanya dikehendaki membawakan 1 lagu iaitu lagu-lagu hadrah yang tersenarai di para 2.4.4 dengan membawa pukulan unggai, naik pertama dan hadinya.

2.4.2       Pada PERINGKAT SARINGAN, pasukan hadrah tidak perlu untuk membuat pukulan pembukaan, pukulan penutup dan juga membuat persembahan dengan gaya.

2.4.3       Pada PERINGKAT SARINGAN, pasukan cuma dikehendaki untuk memakai pakaian seragam sekolah [walaubagaimanapun perkiraan pakaian akan juga diambil kira dari segi kekemasan dan keseragaman].

2.4.4       Pada PERINGKAT SARINGAN, pihak sekolah/maktab hendaklah memilih 1 daripada lagu  yang disenaraikan di bawah ini :-

1.      Bismillah

2.      Selawat

3.      Ya Rasul

4.      Sultan

5.      Allah hu Allah

6.      Ya Rabbil Salim

7.      Al Fasallah

8.      Salatuminallah

9.      Lagu-lagu yang terdapat dalam Kitab Dewan Hadrah atau yang lazimnya dibawakan seperti tahun-tahun lalu.

2.4.5 SENIKATA LAGU hadrah hendaklah DISERTAKAN bersama-sama borang penyertaan.

2.4.6 Sekolah/Maktab hendaklah menyatakan jenis pukulan yang akan dibawakan seperti pukulan DAMONG, ABANG PAWEH dan sebagainya.

2.4.7 Peruntukan masa bagi setiap pasukan ialah 10 MINIT.

2.4.8 Hanya 8 BUAH pasukan lelaki dan 4 BUAH pasukan perempuan akan diambil untuk bertanding ke Peringkat Akhir.

2.4.9 Pada PERINGKAT AKHIR, pihak Sekolah/Maktab hendaklah memainkan DUA BUAH  LAGU iaitu LAGU WAJIB dan LAGU PILIHAN/GUBAHAN.

2.4.10 Lagu-lagu wajib adalah seperti di para 2.4.4 dan hendaklah dibawa dengan menggunakan pukulan asli iaitu hendaklah ada UNGGAI dan PUKULAN NAIK serta HADI.

2.4.11 Lagu pilihan adalah gubahan irama lagu atau irama lagu ciptaan sendiri dan hendaklah berunsurkan puji-pujian seperti pujian kepada Ugama, Rasul, Negara ataupun  berbentuk nasihat.

2.4.12 Bagi LAGU PILIHAN/GUBAHAN, pasukan boleh menggunakan alatan tambahan  seperti Biola, Accordion, Rabana, Gambus, Tamborine atau alatan yang bersesuaian dan keramaian pemain bagi alatan tambahan ini tidak melebihi 5 ORANG.

2.4.13 Pada PERINGKAT AKHIR, pemain tar/hadrah mestilah tidak kurang dari 15 ORANG.

2.4.14 Masa persembahan bagi LAGU WAJIB ialah tidak melebihi 6 MINIT dan LAGU PILIHAN/GUBAHAN tidak melebihi 3 MINIT dan masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 10 MINIT [ dikira daripada pukulan atau salam permulaan dan berakhir pada pukulan atau salam penutup ].

2.4.15 Pasukan boleh menambah pukulan pembukaan dan penutup dengan masa yang berpatutan tiap-tiap pukulan pembukaan dan penutup.

2.4.16 Pakaian pada PERINGKAT AKHIR, hendaklah berunsurkan CARA MELAYU      SERAGAM [Pasukan Lelaki] dan BAJU KURUNG SERAGAM [Pasukan Perempuan].

  1. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

3.1 Jumlah keseluruhan markah adalah 100 markah dan perkara-perkara atau sudut-sudut penghakiman adalah seperti berikut :-

LAGU WAJIB

3.1.1 Pukulan / Paluan / Keaslian Pukulan  = 25 Markah.

3.1.2 Suara / Lagu / Senikata / Sebutan / Keaslian     = 25 Markah.

LAGU PILIHAN/GUBAHAN

3.1.3 Penggubahan [ Arrangement ]     = 10 Markah.

3.1.4 Tempo  = 10 Markah.

3.1.5 Pukulan Harmoni    = 10 Markah.

3.1.6 Ketertiban dan Pakaian [ Keseluruhan ]   = 10 Markah.

3.1.7 Mutu Persembahan [ Keseluruhan ]  = 10 Markah.

 

                                                      JUMLAH       = 100 Markah.

3.2 Markah akan dipotong sebanyak 2 markah bagi kesalahan oleh Ketua Kerani seperti berikut :-

3.2.1       Bukan lagu yang dibenarkan oleh penganjur di para 2.4.4 bagi Lagu Wajib.

3.2.2       Bukan lagu seperti yang telah didaftarkan.

3.2.3       Melebihi keramaian peserta 20 orang.

3.2.4       Keramaian pemain tar/hadrah kurang dari 15 orang semasa membawakan lagu wajib/pilihan/gubahan.

3.2.5       Keramaian pemain alatan muzik moden melebihi 5 orang semasa membawakan lagu wajib/pilihan/gubahan.

3.2.6       Melebihi masa 6 minit bagi lagu Wajib dan 3 minit bagi lagu pilihan/gubahan.

3.2.7       Melebihi masa 10 minit [ keseluruhan ].

3.3 Jika terdapat persamaan markah, pasukan yang tertinggi markah dalam pukulan akan dikira menang. Jika masih sama markahnya, markah suara / lagu akan dikira dan begitu juga seterusnya.

3.4 Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

  1. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

4.1 Tuan rumah bagi pertandingan pada tahun 2008 ialah SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASAN, KG. KILANAS, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

4.2 Pertandingan Peringkat Awal akan diadakan pada bulan Mac 2008 dan Peringkat Akhir akan diadakan pada bulan Mei 2008.

4.3 Mesyuarat sebelum Pertandingan Peringkat Awal akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

4.4 Sekolah yang menjadi Tuan Rumah akan terus layak ke Peringkat Akhir [ PILIHAN ANTARA PASUKAN LELAKI / PEREMPUAN ]

  1. KENDERAAN / PENGANGKUTAN

5.1 Kenderaan bagi pengangkutan peserta adalah diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum.


DIKELUARKAN OLEH :-

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Januari 2008

 

 

No comments: