Thursday, July 10, 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Persembahan Pukulan Hadrah Bagi Mengalu-Alukan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Dengan penuh hormat dan sukacita sebagaimana lazimnya, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diamanahkan bagi menyelaras bagi perkara tersebut di atas yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 17 Rejab 1429 / 20 Julai 2008.
Hari : Ahad.
Jam : 7.30 pagi hingga selesai.
Tempat : Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah/maktab dikehendaki untuk menyediakan seramai 20 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara tersebut.

Kenderaan akan disediakan untuk membawa penuntut-penuntut berserta guru-guru pengawas dan diuruskan melalui Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Sekian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Diatas bantuan dan sokongan dari Cikgu, pihak Jabatan terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Makluman khusus bagi peserta persembahan di sekolah dan maktab berikut:
  1. Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
  2. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
  3. Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin.
  4. Pusat Tingkatan Enam Berakas.
  5. Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
  6. Sekolah Menengah Awang Semaun.
  7. Sekolah Menengah Berakas.
  8. Sekolah Menengah Masin.
  9. Sekolah Menengah Menglait.
  10. Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna.
  11. Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
  12. Sekolah Menengah PIHM, Serasa.
  13. Sekolah Menengah Rimba.
  14. Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
  15. Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.
  16. Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
  17. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
  18. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
  19. Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
  20. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Untuk mendapatkan Jadual Raptai, sila click grafik berikut.


Monday, July 7, 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Malam Serumpun

Persembahan Pukulan Hadrah bagi mengalu-alukan Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Malam Serumpun dan Perarakan Kereta Berhias Sempena Hari Keputeraan ke 62 tahun.

Tarikh : 23 Rejab 1429H / 26hb. Julai 2008
Hari : Sabtu
Jam : 6.30 PM hingga selesai
Tempat : Taman SOAS, BSB

Sekolah dan Maktab yang dijemput dikehendaki untuk menyediakan seramai 22 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara di atas.

Raptai akan dimaklumkan kemudian.

Kenderaan akan disediakan oleh pihak Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Makluman khusus bagi;
Maktab Duli Pengiran Muda AlMuhtadee Billah
Sekolah Menengah Masin
Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja
Sekolah Menengah Rimba
Sekolah Menengah Sayyidina Hassan
Sekolah Menengah Sayyidina Hussin

Friday, July 4, 2008

Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2008 ditunda ke tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat terkini disampaikan Pegawai Penyelaras Hadrah Brunei, Cikgu Sukardi Kaderi (SMS diterima dari beliau 4hb.Julai 2008 Jam 9.48pm.