Wednesday, April 30, 2008

Tuesday, April 29, 2008

Kertas Kerja Pertandingan Hadrah Sekolah-sekolah Menengah Senegara 2008

PERTANDINGAN HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN  MAKTAB-MAKTAB

KALI KE 26 TAHUN 2008 

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Kesenian Dan Kebudayaan akan mengadakan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab kali ke 26 Tahun 2008.

1. TUJUAN PERTANDINGAN

1.1 Mengenal dan mendalami rasa cinta kepada seni kebudayaan terhadap permainan hadrah.

1.2 Bagi memelihara dan mempertahankan seni permainan hadrah supaya sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

1.3 Sebagai satu usaha untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam bidang kebudayaan khasnya seni permainan hadrah dan menyebar luaskan pendengaran masyarakat agar sentiasa digemari, diminati dan dihayati supaya tidak akan pupus dan hilang ditelan zaman.

1.4 Melatih dan mendorong pelajar dalam kegiatan yang mempunyai sifat-sifat keahlian yang baik, berdisiplin, ingin maju dalam bidang yang diceburi.

1.5 Menguji kemampuan setiap pelajar dalam kegiatan yang diceburi dalam menjadi sukat-sukat keupayaan diri atau pasukan dalam seni permainan hadrah.

1.6 Mendorong pelajar-pelajar untuk menghayati serta mempelajari seni kebudayaan permainan hadrah yang dipusakai turun temurun dari orang-orang Brunei dengan bertemakan falsafah Melayu Islam Beraja.

1.7 Menwujudkan daya kreativiti pelajar dalam mengadun permainan hadrah dan moden yang berbentuk “contemporary”.

  1. PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini dibukakan kepada semua Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Pendidikan Swasta / Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dijemput.

2.2 Penyertaan hanya dibolehkan menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan dengan keramaian tidak melebihi 20 orang.

2.3 Sekolah/Maktab yang menghantar penyertaan selepas tarikh tutup mengembalikan borang tidak akan diterima untuk menyertai pertandingan.

2.4 Pada tahun ini, format pertandingan adalah diubah daripada seperti lazimnya di tahun-tahun lepas.

2.4.1       Pada PERINGKAT SARINGAN setiap pasukan hanya dikehendaki membawakan 1 lagu iaitu lagu-lagu hadrah yang tersenarai di para 2.4.4 dengan membawa pukulan unggai, naik pertama dan hadinya.

2.4.2       Pada PERINGKAT SARINGAN, pasukan hadrah tidak perlu untuk membuat pukulan pembukaan, pukulan penutup dan juga membuat persembahan dengan gaya.

2.4.3       Pada PERINGKAT SARINGAN, pasukan cuma dikehendaki untuk memakai pakaian seragam sekolah [walaubagaimanapun perkiraan pakaian akan juga diambil kira dari segi kekemasan dan keseragaman].

2.4.4       Pada PERINGKAT SARINGAN, pihak sekolah/maktab hendaklah memilih 1 daripada lagu  yang disenaraikan di bawah ini :-

1.      Bismillah

2.      Selawat

3.      Ya Rasul

4.      Sultan

5.      Allah hu Allah

6.      Ya Rabbil Salim

7.      Al Fasallah

8.      Salatuminallah

9.      Lagu-lagu yang terdapat dalam Kitab Dewan Hadrah atau yang lazimnya dibawakan seperti tahun-tahun lalu.

2.4.5 SENIKATA LAGU hadrah hendaklah DISERTAKAN bersama-sama borang penyertaan.

2.4.6 Sekolah/Maktab hendaklah menyatakan jenis pukulan yang akan dibawakan seperti pukulan DAMONG, ABANG PAWEH dan sebagainya.

2.4.7 Peruntukan masa bagi setiap pasukan ialah 10 MINIT.

2.4.8 Hanya 8 BUAH pasukan lelaki dan 4 BUAH pasukan perempuan akan diambil untuk bertanding ke Peringkat Akhir.

2.4.9 Pada PERINGKAT AKHIR, pihak Sekolah/Maktab hendaklah memainkan DUA BUAH  LAGU iaitu LAGU WAJIB dan LAGU PILIHAN/GUBAHAN.

2.4.10 Lagu-lagu wajib adalah seperti di para 2.4.4 dan hendaklah dibawa dengan menggunakan pukulan asli iaitu hendaklah ada UNGGAI dan PUKULAN NAIK serta HADI.

2.4.11 Lagu pilihan adalah gubahan irama lagu atau irama lagu ciptaan sendiri dan hendaklah berunsurkan puji-pujian seperti pujian kepada Ugama, Rasul, Negara ataupun  berbentuk nasihat.

2.4.12 Bagi LAGU PILIHAN/GUBAHAN, pasukan boleh menggunakan alatan tambahan  seperti Biola, Accordion, Rabana, Gambus, Tamborine atau alatan yang bersesuaian dan keramaian pemain bagi alatan tambahan ini tidak melebihi 5 ORANG.

2.4.13 Pada PERINGKAT AKHIR, pemain tar/hadrah mestilah tidak kurang dari 15 ORANG.

2.4.14 Masa persembahan bagi LAGU WAJIB ialah tidak melebihi 6 MINIT dan LAGU PILIHAN/GUBAHAN tidak melebihi 3 MINIT dan masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 10 MINIT [ dikira daripada pukulan atau salam permulaan dan berakhir pada pukulan atau salam penutup ].

2.4.15 Pasukan boleh menambah pukulan pembukaan dan penutup dengan masa yang berpatutan tiap-tiap pukulan pembukaan dan penutup.

2.4.16 Pakaian pada PERINGKAT AKHIR, hendaklah berunsurkan CARA MELAYU      SERAGAM [Pasukan Lelaki] dan BAJU KURUNG SERAGAM [Pasukan Perempuan].

  1. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

3.1 Jumlah keseluruhan markah adalah 100 markah dan perkara-perkara atau sudut-sudut penghakiman adalah seperti berikut :-

LAGU WAJIB

3.1.1 Pukulan / Paluan / Keaslian Pukulan  = 25 Markah.

3.1.2 Suara / Lagu / Senikata / Sebutan / Keaslian     = 25 Markah.

LAGU PILIHAN/GUBAHAN

3.1.3 Penggubahan [ Arrangement ]     = 10 Markah.

3.1.4 Tempo  = 10 Markah.

3.1.5 Pukulan Harmoni    = 10 Markah.

3.1.6 Ketertiban dan Pakaian [ Keseluruhan ]   = 10 Markah.

3.1.7 Mutu Persembahan [ Keseluruhan ]  = 10 Markah.

 

                                                      JUMLAH       = 100 Markah.

3.2 Markah akan dipotong sebanyak 2 markah bagi kesalahan oleh Ketua Kerani seperti berikut :-

3.2.1       Bukan lagu yang dibenarkan oleh penganjur di para 2.4.4 bagi Lagu Wajib.

3.2.2       Bukan lagu seperti yang telah didaftarkan.

3.2.3       Melebihi keramaian peserta 20 orang.

3.2.4       Keramaian pemain tar/hadrah kurang dari 15 orang semasa membawakan lagu wajib/pilihan/gubahan.

3.2.5       Keramaian pemain alatan muzik moden melebihi 5 orang semasa membawakan lagu wajib/pilihan/gubahan.

3.2.6       Melebihi masa 6 minit bagi lagu Wajib dan 3 minit bagi lagu pilihan/gubahan.

3.2.7       Melebihi masa 10 minit [ keseluruhan ].

3.3 Jika terdapat persamaan markah, pasukan yang tertinggi markah dalam pukulan akan dikira menang. Jika masih sama markahnya, markah suara / lagu akan dikira dan begitu juga seterusnya.

3.4 Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

  1. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

4.1 Tuan rumah bagi pertandingan pada tahun 2008 ialah SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASAN, KG. KILANAS, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

4.2 Pertandingan Peringkat Awal akan diadakan pada bulan Mac 2008 dan Peringkat Akhir akan diadakan pada bulan Mei 2008.

4.3 Mesyuarat sebelum Pertandingan Peringkat Awal akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

4.4 Sekolah yang menjadi Tuan Rumah akan terus layak ke Peringkat Akhir [ PILIHAN ANTARA PASUKAN LELAKI / PEREMPUAN ]

  1. KENDERAAN / PENGANGKUTAN

5.1 Kenderaan bagi pengangkutan peserta adalah diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum.


DIKELUARKAN OLEH :-

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Januari 2008

 

 

Pemenang Tahun Lalu 2006 - kini

2006 Tuan Rumah : SM Berakas

 Lelaki

Johan       : SM Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

N. Johan  : Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien

Ketiga      : SM Menglait

Perempuan

Johan       : SM Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

N. Johan  : Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Ketiga      : Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri

2007  Tuan Rumah : Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Lelaki

Johan         : SM Pehin Datu Seri Maharaja

N. Johan    : SM Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

Ketiga        : Maktab Jururawat PAP Hajah Rashidah  Saa’datul Bolkiah

Perempuan

Johan        : Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

N. Johan   : SM Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

Ketiga       : SM Menglait

Keputusan Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Kali Ke-26 [ Peringkat Saringan ] Tahun 2008

Kepada..

  1. Pengetua, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
  2. Pengetua, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
  3. Pengetua, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien.
  4. Pengetua, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
  5. Pengetua, Sekolah Menengah Awang Semaun.
  6. Pengetua, Sekolah Menengah Berakas.
  7. Pengetua, Sekolah Menengah Masin.
  8. Pengetua, Sekolah Menengah Menglait.
  9. Pengetua, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
  10. Pengetua, Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
  11. Pengetua, Sekolah Menengah Rimba.
  12. Pengetua, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
  13. Pengetua, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan.
  14. Pengetua, Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
  15. Pengetua, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
  16. Pengetua, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
  17. Pengetua, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala jua, Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Senegara Kali Ke-26 Tahun 2008 [ Peringkat Saringan ] telah selesai dijalankan pada 25 Safar 1429 bersamaan 03 Mac 2008 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kilanas, Negara Brunei Darussalam.

 Dikesempatan ini, pihak Jabatan ingin mengucapkan tahniah kepada sekolah/maktab yang telah layak bertanding ke peringkat akhir dan kepada sekolah/maktab yang tidak berjaya diharap akan beroleh kejayaan dipertandingan yang akan datang.

Keputusan Pertandingan Hadrah [ Peringkat Saringan ] Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Kali Ke-26 2008 

KATEGORI LELAKI

BIL

SEKOLAH/MAKTAB

PERATUS

KEPUTUSAN

1

SM. Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

81.50 %

Ke Peringkat Akhir

2

SM. Pehin Datu Seri Maharaja

74.25 %

3

SM. Masin

73.75 %

4

SM. Menglait

73.25 %

5

Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah

72.38 %

6

Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien

70.50 %

7

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

70.38 %

8

SM. Sayyidina Hasan

Ke Peringkat Akhir Selaku Tuan Rumah

9

SM. Sultan Sharif Ali

68.38 %

 

10

SM. Sayyidina Abu Bakar

67.38 %

 

11

SM. Sayyidina Umar Al-Khattab

66.63 %

 

12

SM. Rimba

66.25 %

 

13

SM. Sayyidina Husain

65.13 %

 

14

SM. Sultan Muhammad Jamalul Alam

65.00 %

 

15

SM. Berakas

63.75 %

 

16

SM. Awang Semaun

62.13 %

 

17

SM. Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

59.00 %

 

 

KATEGORI PEREMPUAN

 

BIL

SEKOLAH/MAKTAB

PERATUS

KEPUTUSAN

1

SM. Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

83.60 %

Ke Peringkat Akhir

2

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

83.40 %

3

SM. Menglait

80.10 %

4

SM. Sultan Muhammad Jamalul Alam

73.00 %

5

SM. Sayyidina Umar Al-Khattab

64.30 %

 

6

SM. Sayyidina Hasan

52.30 %

 

- KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD – 

Disahkan :-

 PG. HJ. MD. ASKANDAR BIN PG. HJ. MD. SAID

Pegawai Pelajaran Kanan / Ketua Bhg. Kesenian & Kebudayaan,

Jabatan Pendidikan Kokurikulum,

Kementerian Pendidikan.

Jadual Aktiviti Terkini Pertandingan Hadrah anjuran JPKK

Acara : Pertandingan Hadrah Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara 2008 
Tarikh : Khamis 1hb. Mei 2008 / 25 RabiulAkhir 1429H
Tempat : Sekolah Menengah Sayyidina Hasan - Tuan Rumah
Jam : 8 pagi

Acara : Pertandingan Hadrah Sekolah-sekolah Rendah Senegara 2008 Peringkat Saringan
Tarikh : Minggu Pertama Bulan Julai 2008
Tempat : Sekolah Rendah Jerudong - Tuan Rumah


Semoga acara berjalan lancar dan mendapat berkat daripada Allah SWT jua. Amin.