Sunday, May 11, 2008
Makluman Mesyuarat dan Bengkel Hadrah 120508
Persembahan Pukulan Hadrah Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun
Persembahan Pukulan Hadrah Bagi Mengalu-Alukan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke Istiadat Baris Hormat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun
Dengan penuh hormat dan sukacita merujuk surat dari Urusetia Istiadat Barisan Kehormatan Sempena Hari Puja Usia Yang Ke-62 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bilangan : JAIN/1/2008/III bertarikh 13 Rabiulakhir 1429 bersamaan 19 April 2008 mengenai perkara di atas.
BIL | TARIKH / HARI / JAM | ACARA | TEMPAT |
1 | 10 Julai 2008 Khamis 7.00 pagi | Raptai | Ruang Legar, Lapau, Bandar Seri Begawan |
2 | 12 Julai 2008 Sabtu 7.00 pagi | Raptai Penuh | Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan |
3 | 15 Julai 2008 Selasa 6.30 pagi | Acara Kemuncak |
Kenderaan akan disediakan untuk membawa penuntut-penuntut berserta guru-guru pengawas dan diuruskan melalui Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan.
Pembahagian :-
- Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
- Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
- Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin.
- Pusat Tingkatan Enam Berakas.
- Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
- Sekolah Menengah Awang Semaun.
- Sekolah Menengah Berakas.
- Sekolah Menengah Masin.
- Sekolah Menengah Menglait.
- Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna.
- Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
- Sekolah Menengah PIHM, Serasa.
- Sekolah Menengah Rimba.
- Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
- Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.
- Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
- Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
- Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
- Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
- Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Keputusan Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Kali Ke-26
Keputusan Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Kali Ke-26 [ Peringkat Akhir ]
Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala jua, Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Senegara Kali Ke-26 Tahun 2008 [ Peringkat Akhir ] telah selesai dijalankan pada 25 Rabiulakhir 1429 bersamaan 05 Mei 2008 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kilanas, Negara Brunei Darussalam
Dikesempatan ini, pihak Jabatan ingin mengucapkan tahniah kepada sekolah/maktab yang telah beroleh kejayaan dan kepada sekolah/maktab yang tidak berjaya diharap tidak akan berputus asa dan didoakan semoga beroleh kejayaan dipertandingan yang akan datang.
Keputusan Pertandingan Hadrah [ Peringkat Akhir ]
KATEGORI LELAKI
BIL | SEKOLAH/MAKTAB | PERATUS |
1 | SM. Pehin Datu Seri Maharaja | 84.03 % |
2 | Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien | 83.01 % |
3 | SM. Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah | 82.04 % |
4 | SM. Masin | 80.96 % |
5 | SM. Sayyidina Hasan | 80.81 % |
6 | Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah | 77.33 % |
7 | Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan | 76.97 % |
8 | SM. Menglait | 72.69 % |
KATEGORI PEREMPUAN
BIL | SEKOLAH/MAKTAB | PERATUS |
1 | SM. Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah | 84.07 % |
2 | Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan | 79.86 % |
3 | SM. Sultan Muhammad Jamalul Alam | 71.50 % |
4 | SM. Menglait | 69.08 % |
- KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD –
Disahkan :-
Pmk. Pegawai Pelajaran Kanan / Ketua Bhg. Kesenian & Kebudayaan,
Jabatan Pendidikan Kokurikulum,
Kementerian Pendidikan.