Tuesday, August 12, 2008

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BELAJAR

HADRAH BRUNEI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA CIKGU HJ. KHAIRUL KHALID BIN HJ. IBRAHIM YANG MENGAMBIL ALIH TUGAS SELAKU PEGAWAI PENYELARAS HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, MAKTAB-MAKTAB DAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN SSELAMAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM KEPADA CIKGU SUKARDI BIN KADERI.

Sunday, August 10, 2008

PERTANDINGAN HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KALI KE 32 PERINGKAT AKHIR TAHUN 2008

PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR AKAN DIADAKAN PADA :-

TARIKH : 27 OGOS 2008.
HARI : RABU
JAM : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA, SEKOLAH RENDAH JERUDONG.

SEKOLAH-SEKOLAH YANG AKAN BERTANDING

  1. SEKOLAH RENDAH JERUDONG.
  2. SEKOLAH RENDAH PEHIN DATU JAMIL.
  3. SEKOLAH RENDAH MABOHAI.
  4. SEKOLAH RENDAH PANTAI BERAKAS.
  5. SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL.
  6. SEKOLAH RENDAH DATO OTHMAN.
  7. SEKOLAH RENDAH DATO BASIR.
  8. SEKOLAH RENDAH LAMBAK KANAN JALAN 49.
  9. SEKOLAH RENDAH RIMBA I.
  10. SEKOLAH RENDAH KIARONG.

PERSEMBAHAN KHAS : JUARA KATEGORI PEREMPUAN PERTANDINGAN HADRAH ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB TAHUN 2008 - SEKOLAH MENENGAH ARAB LAKI-LAKI HASSANAL BOLKIAH

Thursday, July 10, 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Persembahan Pukulan Hadrah Bagi Mengalu-Alukan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Dengan penuh hormat dan sukacita sebagaimana lazimnya, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diamanahkan bagi menyelaras bagi perkara tersebut di atas yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 17 Rejab 1429 / 20 Julai 2008.
Hari : Ahad.
Jam : 7.30 pagi hingga selesai.
Tempat : Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah/maktab dikehendaki untuk menyediakan seramai 20 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara tersebut.

Kenderaan akan disediakan untuk membawa penuntut-penuntut berserta guru-guru pengawas dan diuruskan melalui Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Sekian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Diatas bantuan dan sokongan dari Cikgu, pihak Jabatan terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Makluman khusus bagi peserta persembahan di sekolah dan maktab berikut:
  1. Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
  2. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
  3. Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin.
  4. Pusat Tingkatan Enam Berakas.
  5. Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
  6. Sekolah Menengah Awang Semaun.
  7. Sekolah Menengah Berakas.
  8. Sekolah Menengah Masin.
  9. Sekolah Menengah Menglait.
  10. Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna.
  11. Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
  12. Sekolah Menengah PIHM, Serasa.
  13. Sekolah Menengah Rimba.
  14. Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
  15. Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.
  16. Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
  17. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
  18. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
  19. Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
  20. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Untuk mendapatkan Jadual Raptai, sila click grafik berikut.


Monday, July 7, 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Malam Serumpun

Persembahan Pukulan Hadrah bagi mengalu-alukan Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Malam Serumpun dan Perarakan Kereta Berhias Sempena Hari Keputeraan ke 62 tahun.

Tarikh : 23 Rejab 1429H / 26hb. Julai 2008
Hari : Sabtu
Jam : 6.30 PM hingga selesai
Tempat : Taman SOAS, BSB

Sekolah dan Maktab yang dijemput dikehendaki untuk menyediakan seramai 22 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara di atas.

Raptai akan dimaklumkan kemudian.

Kenderaan akan disediakan oleh pihak Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Makluman khusus bagi;
Maktab Duli Pengiran Muda AlMuhtadee Billah
Sekolah Menengah Masin
Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja
Sekolah Menengah Rimba
Sekolah Menengah Sayyidina Hassan
Sekolah Menengah Sayyidina Hussin

Friday, July 4, 2008

Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2008 ditunda ke tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat terkini disampaikan Pegawai Penyelaras Hadrah Brunei, Cikgu Sukardi Kaderi (SMS diterima dari beliau 4hb.Julai 2008 Jam 9.48pm.

Sunday, June 8, 2008

Mesyuarat Guru-Guru Pengawas Hadrah Sempena Dirgahayu ke 62 2008

Mesyuarat Guru-Guru Pengawas Hadrah Bagi Pukulan Hadrah Menyambut Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Acara-Acara Rasmi / Bercemar Duli Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 Tahun Bagi Daerah Brunei Dan Muara

Tarikh : 12 Jun 2008
Hari : Khamis
Jam : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Perpindahan Lambak Kanan Berakas, BC2315

Agenda :-

  • Bacaan Surah Al-Fatihah.
  • Ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian Kesenian & Kebudayaan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.
  • Taklimat/penerangan dari pegawai penyelaras hadrah.
    • Hadrah istiadat barisan kehormatan.
    • Majlis Bersama Rakyat.
    • Malam Kereta Berhias.
  • Sessi soal jawab.
  • Hal-hal lain.
  • Diakhiri dengan Surah Al-Asr.
  • Menikmati jamuan.
  • Bersurai.

Kehadiran guru-guru pengawas adalah sangat-sangat diharapkan untuk sama-sama dapat berkongsi sama pendapat untuk membisaikan lagi penyertaan sekolah-sekolah/maktab-maktab pada tahun ini. Terima kasih.

Wednesday, June 4, 2008

Maklumat terkini Bengkel Hadrah Guru-guru Daerah Brunei Muara 5hb. Jun 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara ditunda ke tarikh dan tempat berikut:

Tarikh : 7 hingga 19 Julai 2008
Jam : 2.oo Petang
Tempat : Sekolah Rendah Kapok


Maklumat terkini disampaikan Pegawai Penyelaras Hadrah Brunei, Cikgu Sukardi Kaderi