Thursday, July 10, 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Persembahan Pukulan Hadrah Bagi Mengalu-Alukan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Dengan penuh hormat dan sukacita sebagaimana lazimnya, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diamanahkan bagi menyelaras bagi perkara tersebut di atas yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 17 Rejab 1429 / 20 Julai 2008.
Hari : Ahad.
Jam : 7.30 pagi hingga selesai.
Tempat : Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah/maktab dikehendaki untuk menyediakan seramai 20 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara tersebut.

Kenderaan akan disediakan untuk membawa penuntut-penuntut berserta guru-guru pengawas dan diuruskan melalui Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Sekian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Diatas bantuan dan sokongan dari Cikgu, pihak Jabatan terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Makluman khusus bagi peserta persembahan di sekolah dan maktab berikut:
  1. Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
  2. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
  3. Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin.
  4. Pusat Tingkatan Enam Berakas.
  5. Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
  6. Sekolah Menengah Awang Semaun.
  7. Sekolah Menengah Berakas.
  8. Sekolah Menengah Masin.
  9. Sekolah Menengah Menglait.
  10. Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna.
  11. Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
  12. Sekolah Menengah PIHM, Serasa.
  13. Sekolah Menengah Rimba.
  14. Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
  15. Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.
  16. Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
  17. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
  18. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
  19. Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
  20. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Untuk mendapatkan Jadual Raptai, sila click grafik berikut.


Monday, July 7, 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Malam Serumpun

Persembahan Pukulan Hadrah bagi mengalu-alukan Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Malam Serumpun dan Perarakan Kereta Berhias Sempena Hari Keputeraan ke 62 tahun.

Tarikh : 23 Rejab 1429H / 26hb. Julai 2008
Hari : Sabtu
Jam : 6.30 PM hingga selesai
Tempat : Taman SOAS, BSB

Sekolah dan Maktab yang dijemput dikehendaki untuk menyediakan seramai 22 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara di atas.

Raptai akan dimaklumkan kemudian.

Kenderaan akan disediakan oleh pihak Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Makluman khusus bagi;
Maktab Duli Pengiran Muda AlMuhtadee Billah
Sekolah Menengah Masin
Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja
Sekolah Menengah Rimba
Sekolah Menengah Sayyidina Hassan
Sekolah Menengah Sayyidina Hussin

Friday, July 4, 2008

Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2008 ditunda ke tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat terkini disampaikan Pegawai Penyelaras Hadrah Brunei, Cikgu Sukardi Kaderi (SMS diterima dari beliau 4hb.Julai 2008 Jam 9.48pm.

Sunday, June 8, 2008

Mesyuarat Guru-Guru Pengawas Hadrah Sempena Dirgahayu ke 62 2008

Mesyuarat Guru-Guru Pengawas Hadrah Bagi Pukulan Hadrah Menyambut Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Acara-Acara Rasmi / Bercemar Duli Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 Tahun Bagi Daerah Brunei Dan Muara

Tarikh : 12 Jun 2008
Hari : Khamis
Jam : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Perpindahan Lambak Kanan Berakas, BC2315

Agenda :-

  • Bacaan Surah Al-Fatihah.
  • Ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian Kesenian & Kebudayaan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.
  • Taklimat/penerangan dari pegawai penyelaras hadrah.
    • Hadrah istiadat barisan kehormatan.
    • Majlis Bersama Rakyat.
    • Malam Kereta Berhias.
  • Sessi soal jawab.
  • Hal-hal lain.
  • Diakhiri dengan Surah Al-Asr.
  • Menikmati jamuan.
  • Bersurai.

Kehadiran guru-guru pengawas adalah sangat-sangat diharapkan untuk sama-sama dapat berkongsi sama pendapat untuk membisaikan lagi penyertaan sekolah-sekolah/maktab-maktab pada tahun ini. Terima kasih.

Wednesday, June 4, 2008

Maklumat terkini Bengkel Hadrah Guru-guru Daerah Brunei Muara 5hb. Jun 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Brunei Muara ditunda ke tarikh dan tempat berikut:

Tarikh : 7 hingga 19 Julai 2008
Jam : 2.oo Petang
Tempat : Sekolah Rendah Kapok


Maklumat terkini disampaikan Pegawai Penyelaras Hadrah Brunei, Cikgu Sukardi Kaderi

Sunday, June 1, 2008

Gambar dari Majlis Penutup Bengkel Asas Seni Permainan Hadrah

Terima kasih ShootinDigital atas kesudian mengongsikan gambar-gambar dari laman biskita di

http://www.shootingdigital.biz/photos/hadrah

Sila layari link di atas untuk menyaksikan gambar-gambar di majlis tersebut (bahagian Majlis Penutup Bengkel Asas Seni Permainan Hadrah)

PERTANDINGAN HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SENEGARA KALI KE 32 TAHUN 2008

KEPUTUSAN MESYUARAT GURU-GURU PENGAWAS PASUKAN HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PADA 29 MEI 2008, JAM 9.00 PAGI,
BILIK PERSIDANGAN, SEKOLAH RENDAH JERUDONG.

1. TARIKH PERTANDINGAN

PERINGKAT SARINGAN

26 JULAI 2008
HARI SABTU
8.00 PAGI
BILIK PERSIDANGAN, SR. JERUDONG


PERINGKAT AKHIR

16 OGOS 2008
HARI SABTU
8.00 PAGI
DEWAN, SR. JERUDONG

2. FORMAT PERTANDINGAN PERINGKAT SARINGAN

• TIDAK PERLU PUKULAN PEMBUKAAN, PENUTUP DAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DENGAN GAYA.
• HANYA MEMBAWAKAN PUKULAN UNGGAI DAN NAIK PERTAMA SAHAJA.
• PAKAIAN – PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH.
• PERTANDINGAN DIJALANKAN DI BILIK PERSIDANGAN.
• HANYA 9 BUAH PASUKAN TERTINGGI MARKAH AKAN MASUK KE PERINGKAT AKHIR.

3. URUSAN KENDERAAN DAN MAKAN MINUM.

• URUSAN KENDERAAN DAN MAKAN MINUM AKAN DIURUSKAN OLEH JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM MELALUI UNIT KENDERAAN DAN PENGANGKUTAN DAN BAHAGIAN PERMAKANAN DAN PERKHIDMATAN ASRAMA, JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN.
• PIHAK SEKOLAH DIKEHENDAKI UNTUK MENGHUBUNGI UNIT KENDERAAN DI DAERAH MASING-MASING SEMINGGU SEBELUM PERTANDINGAN DIJALANKAN UNTUK MEMASTIKAN NO. PENDAFTARAN BAS BAGI SEKOLAH.

4. GILIRAN UNDIAN PERINGKAT SARINGAN

1. SR. BERAKAS GARRISON.
2. SR. RIMBA I.
3. SR. SULTAN ABDUL BUBIN, SG. BESAR.
4. SR. SERASA.
5. SR. BINTURAN, TUTONG.
6. SR. KIARONG.
7. SR. PANTAI BERAKAS.
8. SR. DATU GANDI.
9. SR. BENDAHARA SAKAM, BUNUT.
10. SR. LAMBAK KANAN, JALAN 49.
11. SR. PEHIN DATU JAMIL.
12. SR. KG. MATA-MATA, GADONG.
13. SR. DATO BASIR.
14. SR. MUHAMMAD ALAM, SERIA.
15. SR. DATO MARSAL.
16. SR. DATO OTHMAN.
17. SR. MABOHAI.
18. SR. LUMAPAS.

Maklumat diterima dari Pegawai Penyelaras Hadrah Brunei
Cikgu Haji Sukardi Kaderi