Tuesday, September 2, 2008

PERTANDINGAN HADRAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KALI KE-32 TAHUN 2008

Pertandingan Hadrah antara Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke-32 Tahun telah selesai diadakan pada 27 Ogos 2008 bertempat di Sekolah Rendah Jerudong. Johan telah disandang oleh Sekolah Rendah Kiarong (Juara 3 Kali berturut-turut iaitu 2006, 2007 dan 2008), Naib Johan ialah Sekolah Rendah Dato Othman dan Tempat Ke-Tiga dimenangi oleh Sekolah Rendah Dato Basir.
Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya ke peringkat akhir dan kepada yang tidak berjaya supaya akan dapat meningkatkan lagi mutu seni permainan hadrah untuk pertandingan di tahun depan.
Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Pertandingan pada tahun ini terutama kepada Sekolah Rendah Jerudong - Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar, Guru-Guru Kanan, Pengawas-Pengawas, Guru-Guru serta Kakitangan yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan pada tahun ini. Semoga sumbangan dan bakti biskita akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T jua hendaknya.
Jumpa Lagi Di Pertandingan Tahun Depan........