Sunday, May 11, 2008

Makluman Mesyuarat dan Bengkel Hadrah 120508

1. MESYUARAT PERTAMA PERTANDINGAN HADRAH RENDAH AKAN DIADAKAN PADA 29 MEI 2008. JAM 9.00 PAGI DI BILIK MESYUARAT SEKOLAH RENDAH JERUDONG.

2. BENGKEL HADRAH GURU-GURU DAERAH TUTONG AKAN DIADAKAN PADA 22-29 MEI 2008 JAM 2.00 HINGGA 4.00 PETANG BERTEMPAT DI SEKOLAH RENDAH MUDA HASHIM TUTONG.

3. BENGKEL HADRAH GURU-GURU DAERAH BRUNEI MUARA AKAN DIADAKAN PADA 1 JULAI HINGGA 7 JULAI 2008 BERTEMPAT DI SEKOLAH RENDAH LAMBAK KANAN JALAN 49.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila email kami atau email ke Penyelaras kegiatan hadrah Negara di hadrah_jpkokurikulum@yahoo.com. Cikgu Sukardi Kaderi.

Persembahan Pukulan Hadrah Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Persembahan Pukulan Hadrah Bagi Mengalu-Alukan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke Istiadat Baris Hormat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Dengan penuh hormat dan sukacita merujuk surat dari Urusetia Istiadat Barisan Kehormatan Sempena Hari Puja Usia Yang Ke-62 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bilangan : JAIN/1/2008/III bertarikh 13 Rabiulakhir 1429 bersamaan 19 April 2008 mengenai perkara di atas.

Sehubungan dengan itu dimaklumkan jadual-jadual raptai dan acara sebenar seperti berikut :-

BIL

TARIKH / HARI / JAM

ACARA

TEMPAT

1

10 Julai 2008

Khamis

7.00 pagi

Raptai

Ruang Legar, Lapau, Bandar Seri Begawan

2

12 Julai 2008

Sabtu

7.00 pagi

Raptai Penuh

Pejabat Pos Besar,

Bandar Seri Begawan

3

15 Julai 2008

Selasa

6.30 pagi

Acara Kemuncak

Kenderaan akan disediakan untuk membawa penuntut-penuntut berserta guru-guru pengawas dan diuruskan melalui Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan.

Sekian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Di atas bantuan dan sokongan dari Cikgu, pihak Jabatan terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Pembahagian :-

  1. Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
  2. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
  3. Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin.
  4. Pusat Tingkatan Enam Berakas.
  5. Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
  6. Sekolah Menengah Awang Semaun.
  7. Sekolah Menengah Berakas.
  8. Sekolah Menengah Masin.
  9. Sekolah Menengah Menglait.
  10. Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna.
  11. Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
  12. Sekolah Menengah PIHM, Serasa.
  13. Sekolah Menengah Rimba.
  14. Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
  15. Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.
  16. Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
  17. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
  18. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
  19. Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
  20. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.

Keputusan Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Kali Ke-26

Keputusan Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Kali Ke-26 [ Peringkat Akhir ] Tahun 2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala jua, Pertandingan Hadrah Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Senegara Kali Ke-26 Tahun 2008 [ Peringkat Akhir ] telah selesai dijalankan pada 25 Rabiulakhir 1429 bersamaan 05 Mei 2008 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kilanas, Negara Brunei Darussalam

Dikesempatan ini, pihak Jabatan ingin mengucapkan tahniah kepada sekolah/maktab yang telah beroleh kejayaan dan kepada sekolah/maktab yang tidak berjaya diharap tidak akan berputus asa dan didoakan semoga beroleh kejayaan dipertandingan yang akan datang.

Keputusan Pertandingan Hadrah [ Peringkat Akhir ] Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Kali Ke-26 2008

KATEGORI LELAKI

BIL

SEKOLAH/MAKTAB

PERATUS

1

SM. Pehin Datu Seri Maharaja

84.03 %

2

Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien

83.01 %

3

SM. Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

82.04 %

4

SM. Masin

80.96 %

5

SM. Sayyidina Hasan

80.81 %

6

Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah

77.33 %

7

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

76.97 %

8

SM. Menglait

72.69 %

KATEGORI PEREMPUAN

BIL

SEKOLAH/MAKTAB

PERATUS

1

SM. Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

84.07 %

2

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

79.86 %

3

SM. Sultan Muhammad Jamalul Alam

71.50 %

4

SM. Menglait

69.08 %

- KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD –

Disahkan :-
AWG. HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. MATNOOR
Pmk. Pegawai Pelajaran Kanan / Ketua Bhg.
Kesenian & Kebudayaan,
Jabatan Pendidikan Kokurikulum,
Kementerian Pendidikan.

Tarikh : 25 Rabiulakhir 1429 / 1 Mei 2008